CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jul 8, 2008

Futsal & Commitment

Dah lama Ms Manager tak menaip dalam blog.. Tak der idea lah.. Nak harapkan budak2 XOXO, suma tak leh harap.. Habihkan boreh yo.. Kekekeke jangan marah yer.. Kalau tengok dari tajuk, korang mesti dah dapat agak apa yang Ms Manager nak borak kan.. Lately nie ramai player2 XOXO tak dapat menjoinkan diri mereka bermain futsal yang di aturkan pada setiap hari Isnin tak kira minggu ke berapa.. Resultnyer, kitaorang terpaksa mengimport pemain2 luar dan berlainan kromosom untuk mencukupkan korum.. Kenapa?? Pasal tak cukup korum lah.. Kang ada lak yang nangis pasal tak dapat main futsal (jgn marah yer Cen).. Kebaikkan menjemput pemain bukan XOXO, hhhhmmmm takder kut.. Keburukan menjemput pemain bukan XOXO, aaaaa tak der gak.. Jadi Ms Manager tak kisahlah budak2 nie nak datang ker, tak nak ker as long cukup korum, jalan... Yang penting misi kerajaan Malaysia untuk menfofularkan sukan Futsal ini tak der kena mengena atau sangkut paut dengan XOXO Kickers..

Kenapa susah sangat nak bagi komitmen ek?? Mari kita temuramah beberapa homosapien yang bukan XOXO Kickers players:

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
Ah Moi chantek: Wa lasa pasal talak lapat luit lah main ini sukan.. talak fofular macam lavid bekam..

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
Bastian Schwansshnkeja: Saya rasa mungkin kerana tiadanyer kejohanan Euro untuk Futsal. Jikalau ada mungkin saya boleh mewakili negara saya dan mengalahkan Spain.. Uuuuwwwaaaaa.

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
El Nino Tsunami: Kerana futsal tidak mampu mengfofularkan saya seperti sekarang.

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
Ronaldoooo: Kerana futsal tidak boleh memberi gaji yang banyak. Kalau tak dapat gaji yang banyak, bagaiman saya nak maintain wajah saya nie.. Tanpa wajah yang cantik, Real Madrid pasti tak mahu membeli saya. Lihat apa jadi dengan Ronaldinho..

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
King Cantona: Kerana dalam futsal saya tak bole buat kung fu kick kepada penonton..

Ms Manager: Kenapa anda rasa susah untuk mendapat komitment dalam futsal nie??
Lavid Bekam: Kalau saya bermain futsal, saya tidak mungkin dapat mengahwini perempuan yang paling materialistik dan plastik - Poshe Spices..

Berdasarkan temuramah ini, apa yang dapat Ms Manager simpulkan bahawa sukan Futsal ini tidak mampu memberi kemewahan seperti mereka yang bermain bola sepak..... Tiada SPONDOR dari jenama2 sukan seperti Nike, Adidas, Reebok, Puma atau Umbro.. yang ada hanyala Figos & Joma.. Apa brand la Joma nie.. Macam "Jom aarr".. kehkehkehkeh... Tapi yang peliknya jenama2 sukan yang terkenal ini mengeluarkan produk2 Futsal.. Pelik tapi benar.. Mungkin team2 kocik macam XOXO nie takder orang nak SPONDOR kut..

Yuss: Allo Ms Manager, lenkali interbiu lah budak2 pompuan.. XOXO Kickers nie team pompuan.. apara.. pecat karang baru tau...
Ms Manager.. Tue ada Ah Moi chantek tue.. Dia pompuan apa!!
Yuss: Sorang jer.. Yang lain2 tue??
Ms Manager: Tue suma faymes nyer orang.. Dah la susah nak interbiu dorang..
Yuss: Ahh shut up u.. Lenkali interbiu budak2 pompuan.. Understand??
Ms Manager: Ho lah.. Kalau budak pompuan yang dressing laki, leh tak interbiu??
Yuss: Janji dia kromosom XX.. Ada paham??
Ms Manager: Iyo... Zast sekali kang, baru tau...
Yus: And btw, XOXO ada SPONDOR yer...
Ms Manager: Ada ker??
Yuss: Diri sendiri lah.. Wat hapa nak harapkan SPONDOR nie.. baik SPONDOR diri sendiri.. Lu nak pakai apa, lu pikirlah sendirik...
Ms Manager: Ces.. Tertipu aku...

3 comments:

missara said...

wakakaka..rajin btul ms mngr ni wat interbiu yer...klakar2...mcm orgnyer juga kot...huuhuhuh

Cupidy said...

best la mcm ni cik sara...ada jg cite yg lucu nak bg bca...tak la boring kan...klu asik yg formal je...boring la kan ... hehehe... thx Ms Manager... kekkekee

Cupidy said...

Ms manager ni mmg ideas dia weird betoi lar.... suke suke...kekekeke