CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Aug 29, 2008

Merdeka... Merdeka... Merdeka

Hi yall. Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke 51. So cuti hujung minggu nie apa budak2 XO2 plan?? Tak der apa2.. Ceh. Ms Manager pun tak der plan gak. Juz duk umah & tgk parade kat TV, itupun kalo Ms Manager bangun awal. Kali terakhir Ms Manager pegi tengok Merdeka parade bila buat kat Putrajaya kali pertama. Tak ingat tahun berapa. Best gak la. Masa tue teruja nak gie Putrajaya sebenarnya bukan nak tengok parade tue. Kehkehkehkeh.. Ms Manager masa zaman kanak2 ribena dulu, tiap tahun pegi parade. Ayah Ms Manager pegawai protokol, so kena la ikut. Kitaorang pukul 5.30 dah terpacak kat Dataran Merdeka. Pas tue sementara nak tggu ketibaan dif2 kehormat, kami adik beradik tidur kat seat. Sebaik la ayah pegawai, so dapat seat VIP. Mak mesti akan buat bekpas untuk kitaorang. Selalunya sandwich or bihun goreng. Pas tue kitaorang berkelah lah kat dalam khemah VIP tue. Ahaks.

Dulu masa parade, Ms Manager paling tunggu perbarisan. Nak tengok baju2 yang di pakai. Dulu yang selalu menang Telekom (sekarang dikenali sebagai TM). Baju diaorang memang canggih gitu. Masa Tun Mahathir announce pasal Wawasan 2020, Ms Manager ingat lagi, baju orang2 Telekom nie macam baju nak gie autospace gitu. Kelass... Satu lagi acara yang Ms Manager tggu ialah kumpulan pancaragam. Ms Manager suka time kapitan dorang baling tongkat. Best tul. And of course lah Ms Manager memang suka time jet2 pejuang buat lintas hormat. Masa tue Ms Manager berangan la nak jadi pilot. Pas tue buat pertunjukan akrobatik kapal terbang. Wah best tue.. Last sekali kawat askar2 kita. Masa tue Ms Manager akn tabik hormat kat derang nie. Sampai habis. Over kan.. Biasa ler.. Ms Manager memang over gitu..

Yang pastinya, kalau anda tidak pernah pergi ker Merdeka parade, cubalah pergi. Ms Manager dari dulu sampai sekarang, kalau pergi Merdeka parade mesti Ms Manager akan menangis time akhir. Bukan apa Ms Manager terharu & bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang jauh dari peperangan. Semoga Malaysia sentiasa dalam keamanan dan keharmonian. Akhir kata dari Ms Manager, MERDEKA MERDEKA MERDEKA.. Salam

1 comments:

missara said...

2lah best gak kalo igt time skolah dulu..S pn penah la join utk merdeka ni wakil sekolah utk PKBM...menang la..kawad cantik nyer....tp yg KL ni xpenah join lagi..tringin gak nk gi tgk..tp bgnnyer mls..kekekekek