CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Aug 29, 2008

Merdeka... Merdeka... Merdeka

Hi yall. Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke 51. So cuti hujung minggu nie apa budak2 XO2 plan?? Tak der apa2.. Ceh. Ms Manager pun tak der plan gak. Juz duk umah & tgk parade kat TV, itupun kalo Ms Manager bangun awal. Kali terakhir Ms Manager pegi tengok Merdeka parade bila buat kat Putrajaya kali pertama. Tak ingat tahun berapa. Best gak la. Masa tue teruja nak gie Putrajaya sebenarnya bukan nak tengok parade tue. Kehkehkehkeh.. Ms Manager masa zaman kanak2 ribena dulu, tiap tahun pegi parade. Ayah Ms Manager pegawai protokol, so kena la ikut. Kitaorang pukul 5.30 dah terpacak kat Dataran Merdeka. Pas tue sementara nak tggu ketibaan dif2 kehormat, kami adik beradik tidur kat seat. Sebaik la ayah pegawai, so dapat seat VIP. Mak mesti akan buat bekpas untuk kitaorang. Selalunya sandwich or bihun goreng. Pas tue kitaorang berkelah lah kat dalam khemah VIP tue. Ahaks.

Dulu masa parade, Ms Manager paling tunggu perbarisan. Nak tengok baju2 yang di pakai. Dulu yang selalu menang Telekom (sekarang dikenali sebagai TM). Baju diaorang memang canggih gitu. Masa Tun Mahathir announce pasal Wawasan 2020, Ms Manager ingat lagi, baju orang2 Telekom nie macam baju nak gie autospace gitu. Kelass... Satu lagi acara yang Ms Manager tggu ialah kumpulan pancaragam. Ms Manager suka time kapitan dorang baling tongkat. Best tul. And of course lah Ms Manager memang suka time jet2 pejuang buat lintas hormat. Masa tue Ms Manager berangan la nak jadi pilot. Pas tue buat pertunjukan akrobatik kapal terbang. Wah best tue.. Last sekali kawat askar2 kita. Masa tue Ms Manager akn tabik hormat kat derang nie. Sampai habis. Over kan.. Biasa ler.. Ms Manager memang over gitu..

Yang pastinya, kalau anda tidak pernah pergi ker Merdeka parade, cubalah pergi. Ms Manager dari dulu sampai sekarang, kalau pergi Merdeka parade mesti Ms Manager akan menangis time akhir. Bukan apa Ms Manager terharu & bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang jauh dari peperangan. Semoga Malaysia sentiasa dalam keamanan dan keharmonian. Akhir kata dari Ms Manager, MERDEKA MERDEKA MERDEKA.. Salam

Aug 27, 2008

Fuyyoh xOxO....

xOxO semua. I'm back. Sorry lah lama tak post article kt blog. I'm very the bizi. Ahaks. Ok story pada pagi ini. Jalan sekitar KL di tutup. Menyebabkan kesesakan teruk. Kesian pada mereka yang sangkut kat dlm kesesakkan. Banyak2an bersabar yer. New updates on XOXO Kickers team. Semalam Ms Manager di beritahu yang XO2 ada wat frenly 3 penjuru. Good one team!! Ms Manager suka dengar bila XO2 selalu buat frenly dengan team lain. Result pun not so bad. XO2 menang semua game (4 games in total). Tapi Ms Manager dengar kemenangan tue pun pasal player import. Terima kaseh Ms Manager ucapkan kepada player import. Oh yer, Ms Manager dengar ada player baru join XO2. Selamat datang ke team XOXO Kickers. Ms Manager ingatlah, kita amik jer lah terus player import yang 2 org tue. Kalo tourney, rsnya player dh cukup. Nanti lepas raya Ms Manager nak tengok kut2 ada tourney untuk budak2 baru belajar futsal nie. Leh la menjoinkan diri.

Nanti Ms Manager akan usher new talent lagi. Semakin ramai team XO2 semakin senang lah Ms Manager nak promote team ker tourney. Target kita - iMetro next year. Amacam XO2, ada berani??