CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jun 30, 2008

Mini Tourney di Ampang SP

Pada hari Jumaat yang lepas, 27/6/2008, Yus telah menjoinkan diri dia dengan futsal team lain (cit berpaling tadah yer) untuk main dalam mini tourney yang di adakan di Ampang Sports Planet. Yus join team Ra-Star sebagai gol keeper (erk, caner lak minah nie leh jadik keeper?!?!?). Kita ikuti pengalaman Yus (seperti yang di ceritakan kepada pengarang)

Hari Jumaat hari tue, aku join team Ra-Star main mini tourney kat Ampang SP. Diaorang suruh jadik keeper pasal keeper diaorang tak leh dtg, rasanyalah. Aku main belasah jer nie. Mula2 ingat tak nak join la, tapi bila fikir2 balik, apa salahnya kan. so aku menjoinkan diri. Nak kata mini tourney tue happening, bagi aku tahap ok la. Aku rasa happening lagi masa aku main untuk Finance dolu. Masa tue terasa diri macam David Beckham la. Semua orang tanya mana belajar main futsal, caner leh terer main futsal & macam2 lagi lah. Pergh kembang hidung jap masa tue. Dalam mini tourney nie ada 11 pasukan yang berentap. 11 pasukan ini di bahagikan kepada 2 kumpulan. So juara setiap kumpulan akan berentap menentukan juara. Ra-Star hanya berjaya menjadi naib juara kumpulan apabila pasukan kami tewas menerusi tendangan penalti. Sedih sik.. Overall aku rasa kalo XOXO Kickers masuk, leh ada harapan menang pasal ada striker Yuss Tevez.. Muahahahahahaa..

Hhhmm Yuss nie tak habis2 perasan. Tapi Yuss kenapa amik Yuss Tevez? Kenapa bukan Yuss Rooney or Yuss Ronaldo?

"Pasal diaorang semua tue poyo. Tevez gak bagus." Itulah jawapan yang Yuss bagi. Mungkin di masa akan datang, XOXO Kickers boleh menjoinkan diri dalam mini tourney seperti ini. Akhir kata "Majulah XOXO untuk Kicker"...

Eh jap. Citer aku tak habis lagi lah..

Yang bestnyer dalam team Ra-Star nie ada player dari Papua New Guinea. Diaorang nie adik beradik (seingat-ingat aku lah). Seorang main flank & seorang lagi main forward. Yang main flank tu nama dia Judy & yang main forward tue nama dia Meiling. Tapi aku tak tau mana satu adik or kakak. Muka diaorang aku cakap korang, macam Malays. Memang nampak giler cam Malay. Konpius jap aku masa tue. Sebaik la CikXai dah sound awal2 kata diaorang nie bukan Malays. Kalau tak, baik jer aku sembang dengan diaorang. Kekekeke.. Not bad gak diaorang nie main. Ada sekali tue, ref baik jer sembang & kacau2 Judy. Yang Judy nie sengih jer la coz dia tak paham sepatah haram pun apa yang ref tue cakap. Aku dah ngekek2 tengok. Eh Ms Manager, nanti arrange frenly XOXO Kickers vs Ra-Star.. Ajak Kaizen sama. Tue suma team2 yang aku kenal masa kat mini tourney nie. Lepas nie leh la Ms Manager arrange frenly. Mesti syiok lawan diaorang nie.

Ok dah habis dah citer aku..

Baiklah.. Akhir kata "Majulah XOXO untuk Kicker"..

Kali nie betul2 habis...

Jun 26, 2008

Kemuncak EURO 08

Hari nie topik kita lain sket. Tak berkaitan futsal tapi berkaitan la dengan bola - Euro 2008. Sekarang nie dah reach semi final stage. Team yang masuk adalah Jerman, Turki, Rusia & Spain. Banyak team2 favourite tak lepas nak masuk semi final stage nie. Contoh team favourite Holland, Itali, Portugal, Croatia, France (nie group stage pun tak lepas). Juara last Euro 04, Greece, langsung tak menang satu pun perlawanan. Kali nie banyak kezutan berlaku. Team2 underdog macam Rusia & Turki berjaya mencatat kemenangan ke atas 'big gun' iaitu Holland & Portugal. Ramai player2 yang dulu nyer tak berapa faymes, sekarang nie mula mendapat tempat di mata peminat bola sepak dunia. Contohnya Andrei Arshavin, Roman Pavlyuchenko, Semih Senturk, Hamit Altintop, Luka Modric, Libor Sionko dan ramai lagi. Ada antara pemain yang faymes giler tapi kurang menyerlah - ya Cristiano Ronaldo lah sapa lagi. Dia gagal menyerlah di kejohanan Euro kali ini. Dia hanya menjaringkan 1 gol sahaja dalam 4 perlawanan. Dia gagal membawa portugal ke peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan Jerman yang di terajui oleh Michael Ballack. Hampeh tul Ronaldo.


Separuh akhir pertama dah pun lepas dengan kemenangan kepada Jerman. Pasukan Jerman mengalahkan Turki 3-2. Adus.. Yus tue penyokong Turki tapi dia sokong pasal dia minat kat Hamit Altintop, hensem katanya. Ni ha gambar si Altintop yang di gilai oleh Yus.

Dia siap letak poster si Hamit nie kat cubicle tempat keje dia. Kekekekee.. Frust menonggeng la minah tue bila tgk Turki kalah pagi tadi. Separuh akhir kedua akan berlangsung pagi Jumaat pukul 2.45 pg. Kali nie antara Spain vs Rusia. Antara player yang mesti di perhatikan adalah Andrei Arshavin, Roman Pavlyuchenko, Fernando Torres & David Villa. Nie suma young blood and penuh dengan energy & passion bila diaorang nie main. Mesti syiok tengok diaorang nie main nyer. Tapi masa quarter final 4 antara Spain vs Itali, Torres & Villa tak begitu menyerlah. Mereka tak begitu memberi ancaman ke kubu Itali. Banyak cubaan datang dari si kecik Silva. Not bad gak lah dia nie. Apa2 hal, jgn lupa tengok siaran langsung separuh akhir ke 2 antara Spain vs Rusia.

Jun 25, 2008

Silap Daaa......

Semalam bukanlah frenly match/game. Semalam adalah sesi belajar main futsal. First touch tue team lelaki rupanya. Yus pun satu, bukan nak cek dulu team nie male or female. Main redah jer. Ni mesti kemaruk sangat nak main futsal. Player2 First Touch majoriti student cuma seorang jer dah bekerja. Kelakar la jugak main dengan diaorang kan. Asyik panggil 'Kak' masa main tue. Diaorang nie ajarlah caner nak main futsal dari segi taktik. Adus time tue nampak giler kitaorang nie memang tak berapa pandai main. Budak2 First Touch tue memanjang tunjuk skill tapi kitaorang tak kisah pun. Yang pastinya, semalam adalah lebih kepada praktis dan bukan game.

Masa nak balik, nampak satu team ladies nie baru nak main. Yus, as XOXO Kickers manager, amik la contact number semua. Cantek.. Next week leh main futsal lagik. Itu pun kalau cukup kaki lah kan. Kalau ramai tak boleh join, kensel lagi lah jawabnya. Semalam sebaik Ann, kawan Cen, ada. Kalau tak, memang tak cukup player lah kitaorang nie. Jen ada kelas & habis kul 9. Yang lain2 memang tak boleh nak datang. Adus...

Court kat Samba semalam besar sedikit dari court yang biasa kitaorang main kat XL. Di Samba ada lebih kurang 5 court. 4 darinya adalah grass turf & 1 jer court biasa (ala macam court badminton tue). Tempat biasa jer. Ala2 HTO gak. Cuma harga court tue a bit mahal coz it depend on the size of the court. Budak2 First Touch tue suruh kitaorang blanja diaorang. dah la gaji tak masuk lagik, duit yang ada sekarang nie pun ngam2 untuk sampai gaji bulan nie. Kekekekeke...... Next time may be kitaorang boleh la nak belanja budak2 nie (dalam bayaran court) kalau diaorang nak tolong ajarkan kitaorang cara main futsal tapi dengan syarat ramai player XOXO kena datang la. Pas tu nak mintak diaorang nie ajar drible pulak. Ha nanti bila dah terer main baru la boleh kitaorang nie join tourney macam I Metro tue ker. Ahaks....

Jun 24, 2008

Main Kawan-Kawan


Malam nie ada frenly game lagik kat Samba de Futsal, PJ. XOXO Kickers vs First Touch. Gerun gak nie. Kut2 la team diaorang nie cam team ari tue, masak la kitaorang. Dah la tak der proper training. Malam nie pun sebenarnya XOXO tak cukup player nak main tapi pasal dah ngidam nak main punya pasal, kitaorang on jerlah. Nie first time kitaorang nak main kat Samba. Dengar dari kata orang, padang dia best. Tapi tak taulah. Apa-apa hal pun, malam nie dapat main futsal. Yeay. Happy jer rasa.. Lalalalalaa... Oh map ke Samba. Kut2 la tak tau caner nak gie sana kan..

Jun 23, 2008

...ala tak jadi lagi...

Kensel lagi training hari nie. Haih.. asyik kensel jer.. Macam mana nak improve skill nie.. Wahai player2 XOXO Kickers, kenapa la asyik kensel last2 minit! Sengal la macam nie.. Tapi nak buat macam mana kan, futsal bukanlah element penting dalam kehidupan. Futsal hanyalah perkara yang di lakukan sekiranya punya kelapangan. Oleh itu tiada komitmen mampu di berikan. Kami semua bekerja. Ada antara kami sedang sambung blajar. Ada pulak masih dalam senarai kecederaan. Kerana faktor2 ini lah yang sering menghalang kami dari melakukan training. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu memberikan komitmen tanpa berbelah bagi. Adus, tak dapat main la minggu nie. Siot jer. Lemau lagilah badan.. Cen, jangan nangis yer..

Mungkin XOXO Kickers perlukan misi. Macam satu target la if dalam masa 4 bulan, kitaorang mesti join tournament. At least satu pun ok lah. Peringkat tadika pun tak per. Agak2 apa pendapat korang? Perlukah XOXO Kickers simpan satu misi? Misi yang mesti kita capai. Bukanlah misi jer tapi tak der perasaan nak achieve that mission. Hampeh la kalau macam tue. Mungkin dengan adanya misi nie, kita lebih komited. Tapi susah la nk bagi komitmen kerana terlalu banyak unexpected things happen macam injury, kelas tambahan, overtime, outstation, nak kawen (nie pn unexpected gak) dll. Kalau terlalu kerap unexpected things berlaku, alamat misi terkubur tanpa nisan lah. Kena carik sport lainlah yang tak perlukan komitmen ramai orang. Mungkin main badminton jer lah lepas nie. So kalau ada 2 3 orang pun dah bole on. Lepas nie kena tukar lah nama, bukan XOXO Kickers tapi XOXO Smashes.. Ahaks...

Harap2 trainig esok on lah. Kalau tak memang sengal lah badan. Come on XOXO Kickers you can do it.

Jun 20, 2008

Hidupku Tanpa Futsal

Hari ini kita akan menemuramah salah seorang player XOXO Kickers yang terpaksa melupakan seketika futsal kerana kecederaan yang di alami sewaktu bermain futsal tahun lalu.

XOXO: Apa khabar Yus?
Yus: Khabar baik.
XOXO: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh XOXO.
Yus: No hal. Nie ada apa2 bayaran tak?
XOXO: Nie ada tiket funfair untuk 10 orang. Percuma air sirap segelas.
Yus: Mekaceh. Ha nak tanya apa?
XOXO: Pengalaman Yus masa terpeleot kaki tahun lalu. Macam mana leh terpeleot?
Yus: Hek eleh amende la lu. Ada nak tanya pengalaman yang tak berapa syiok tue. Ok lah, wa story sket. Ingat2 lupa lah. Tapi yang aku tau pasal nak elak dari terlanggar member sendiri. Alih2 terpijak bola n terus la terpeleot kaki aku. Rasa cam nak meraung jer masa tu. Tapi tahan. Kena cover ayu. Time tu dah terpikir caner la nak drive balik dengan kaki macam nie. Dah la keta aku manual. Sakit siot..
XOXO: Yus terpeleot kaki sebelah mana?
Yus: Kaki kiri. Bahagian ankle
XOXO: Lepas kena tue tak terus pegi hospital ker?
Yus: Sapa nak hantar? Aku dah la terkial-kial nak drive keta kebal aku tue.
XOXO: Ooo.. Jadi bila Yus pergi ke hospital?
Yus: Esoknya. Lepas balik dari futsal tue, terus tuam kaki dengan ais. Esok pagi masa nak bangun pegi keje, kaki tak bole nak gerak langsung. Aku merangkak pegi tandas pasal tak kan nak wee2 kat katil kut. Masa aku merangkak tue, Tuhan sajer yang tahu betapa sakitnya kaki aku. Mengalir air mata aku menahan sakit. Cuba ko imagine kan, aku yang besar bagak nie merangkak macam ahmad nisfu dalam musang berjanggut tue. Apa kes..
XOXO: Ish ish ish teruk tue.
Yus: Ho lah. Ko nak try rasa?!
XOXO: Eh tak der lah. Jadi bilaYus pegi ke hospital untuk periksa kaki?
Yus: Hari yang aku kena tue hari Khamis. So the next following day baru aku pegi klinik. Aku pegi dah nak petang pasal aku tak bole nak jalan. Asal terhentak jer kaki aku, mengalir air mata aku. Memang sakit. Sampai klinik, doktor suspek ada ligamen terkoyak. Aku dah cuak masa tue. Macam2 aku dok imaginekan dalam kepala otak aku. Dia pun suruh aku gerak-gerakkan kaki aku. Doktor cek-cek, dia kata aku kena xray tapi makmal xray dah tutup. Dia suruh aku datang balik hari Isnin. Hangin jer aku dengar...
XOXO: Lama tue nak tunggu ke hari Isnin.
Yus: Itulah pasal. Habis lah aku telan pain killer yang doktor tue bagi. 2 hari lah aku duduk kat umah macam budak baru lepas sunat. Bosan nak mampos aku. Sebaik ada Astro. Leh la layan movie, mtv, ria...
XOXO: Jadi hari Isnin tue datang semula lah ker klinik kerajaan?
Yus: Ho lah. Giler ramai hari tue. Hangin jer aku. Tak der hari lain ker diaorg nie nak datang. Nak dekat sejam lebih la aku tunggu. Dari abah aku start baca paper sampai la dia habis baca, aku tak masuk2 lagi bilik doktor.
XOXO: Ramai yer sakit hari Isnin tue.
Yus: Semua nak yang murah. Bayar singgit, dapat macam2 ubat..
XOXO: Hehehehe... Apa doktor cakap masa 2nd time datang nie?
Yus: Dia cakap kaki aku kena xray. Kedek2 la aku pegi makmal xray. Lepas mamat makmal xray kaki aku, aku bawak bagi kat doktor. Dia tengok tak der patah tapi dia suspek ada kecederaan ligamen. Dia nak rujuk kes aku kat HKL. Dia pun tulis surat suruh aku pegi HKL...
XOXO: Jadi Yus pegi HKL lah lepas tue??
Yus: Tak derlah aku pegi lepas aku sihat... Mestilah aku pegi lepas tue. Kepala dungga betullah..
XOXO: Jangan marah. Masa kat HKL, apa pulak doktor kata?
Yus: Tak marah, nasihat. Aku pegi bahagian emergency. Nak dekat 2 jam aku melanguk nunggu. Hangin satu badan. Macam2 peel aku nengok. Serabut kepala aku tengok kerenah orang. makin sakit kaki aku jadinya. Bila time aku, doktor panggil & dia cek. Dia kata kaki aku nie ok pasal aku leh gerak2an jari2 kaki aku. Lega jap aku dengar. Tapi untuk keselamatan diri, dia suruh aku pakai cast kat kaki. Aku pun jalanlah carik tempat nak pakai cast. Sampai2 tengok ada 4 orang doktor pelatih UKM. 4 4 orang tue tolong pakaikan cast kat kaki aku. Patutnya cast tue pakai sampai atas buku lali jer, tapi nervous punya pasal dia pakaikan sampai ke bawah lutut. Aku blur lah kejap kan. Yang sakit ankle aku, apsal lak diaorang nie pakaikan cast sampai ke lutut. Aku buat bodo jer lah.
XOXO: Hihihihi trainee lah katakan.
Yus: Bukan trainee lah. Intern. Lain kali tengok Grey Anatomy.
XOXO: Ooppsss.. hikhikhik.. Apa perasaan masa mula2 pakai cast tue?
Yus: Berat giler kaki. Nak jalan pun susah. Nak kencing lagilah susah. Aku pikir caner la aku nak mandi nie. Adus.. Selipar pun tak muat nak pakai. Klakar tul masa tue. Dia siap offer nak tompang ketiak tue tak.. Aku cakap tak payah la.. leh jalan lagi.. Tapi memang berat cast tue. Jenuh aku nak jalan. Aku terpaksa seret kaki aku nie..
XOXO: Berapa lama kena pakai cast tue?
Yus: Seminggu jer. Lepas seminggu dia bukak. Doktor cek & dia kata ok. Dia suruh aku rest dari aktiviti sukan selama 4 bulan. Ternganga aku jap. Lama tue.
XOXO: Lepas bukak cast, kaki Yus ok dah la?
Yus: Tak jugak. Still rasa sakit & nyilu especially time sejuk. Ngadu lah kat mak kata kaki sakit lagi. Mak bawak gie tukang urut. Masa dia urut dia cakap urat aku dah bersimpul & masuk angin. Dia suruh aku letak minyak panas or kapur campur limau nipis sebelum tido. Aku buatlah benda tue suma. Nak baik punya pasal. Dah jadik macam orang baru lepas bersalin lak aku masa tue.
XOXO: Berhasil ker?
Yus: Bolehla. Aku start main balik futsal bulan 4 hari tue. Aku kena bulan 11. Cukuplah 4 bulan aku tak main futsal. Memula tue ingat nak retired terus, tapi tak bolehla. Nafsu futsal tue sentiasa membara dalam badan. Sentiasa bergelodak dalam perut aku nie. Bila orang cakap pasal futsal jer, terus aku jadi cam tak tentu arah macam orang overdose pitt. Kaki dah gian nak sepak bola. Cuma sekarang nie aku akan pakai ankle guard kat 2 2 kaki aku sebagai protection. Kaki kanan aku injured masa main netball last year. Tapi tak seteruk yang kaki kiri nie la.
XOXO: Harap2 lepas nie Yus tak injured lagi lah.
Yus: Harap2 lah. Sekarang nie aku akan buat stretching dulu sebelum nak main. Lepas main pun buat warm down supaya tak der lah sengal betis & peha aku nanti. Kalau tak warm down, mula lah mengengkang jer aku jalan. Peha tak leh nak rapat pasal sakit. Masa 4 bulan tak main tue, badan rasa tak best jer. Yalah satu aktiviti sukan pun tak main. Berat pun naik. Tapi sekarang dah dapat la kembali ke berat asal.
XOXO: Jadik selama 4 bulan tue apa perasaan Yus tak dapat bermain futsal?
Yus: Sengal. Aku sengal jer hari2. Kaki nie asyik terasa nak sepak something jer. Dah la berat aku naik. Itu yang buat aku sangat sengal. 4 bulan aku sengal, lemau badan. Rindu giler aku kat futsal. Tiap kali ingat futsal, aku makan. Sudahnya berat aku naik bertan-tan. Dah nampak macam Erra dalam citer Cinta Kolestrol aku masa tue. Tapi sekarang dah ok. Maintain berat normal aku.
XOXO: Berapa berat Yus?
Yus: Dah habis soklan ko? Aku dah lapar nie. Nak pegi minum petang. layan ko punya pasal sampai aku hampir terlepas minum petang aku..
XOXO: Eh ah erm tak der dah. Tima kasih lagi sekali kerana sudi di temuramah.
Yus: Habis kering air liur aku jawab soklan2 ko. Lain kali interview la kat tempat yang ada jual air macam starbucks tue ker.. Syiok la sket..
XOXO: Erk... Err..
Yus: Dah, aku nak blah nie.
XOXO: Aaa terima kasih yer Yus.
Yus: Same2.

Jun 19, 2008

Ada Apa Dengan Futsal

Macam tajuk filem pulak. Ahaks.. Ada apa dengan Futsal? Futsal adalah sukan yang sangat popular pada masa ini sehingga ada filem bertema kan sukan ini - Gol & Gincu. Kenapa memilih Futsal dan bukan sukan lain? Kerana futsal itu fun to play. Rule dia tak derlah mengarut atau ketat. Kira ok la. Futsal nie tak la banyak sangat rule macam bola jaring. Tak der gerak kaki, hantaran dekat, halangan dekat semua tue. Beside futsal adalah cara terbaik untuk mengeluarkan peluh. Futsal lebih kepada stamina dan kepantasan. Dan skill jugak. Tapi bagi kitaorg yang newbies nie, skill=zero, stamina=zero, speed=zero. Huhuhuhu teruk sungguh tue.. Bagi kitaorang main futsal nie lebih kepada for fun. Nak release tension kerja, so futsal adalah solution terbaik. Nak nak pulak kita imaginekan bola yang kita sepak tue kepala supervisor kita kan, fuh rasa syiok jer sepak kepala supervisor. Rasa cam real jer. Hilang lah sket rasa tension tue.

Tapi ramai gak yang takut nak main bila dengar injury yang boleh kita dapat dengan bermain futsal. Dalam XOXO Kickers sendiri dah 3 orang player injured ketika bermain. Ketiga-tiga injury yang sama, terpeleot kaki.. Yang sorang nak tahan bola tapi salah posisi (nko lah maya), yang sorang lagi kena sepak dengan oponent (tuelah Tiq) dan yang sorang lagi nak drible tapi tak cukup skill (kena nuntut lagi nko nie Yus). Yang paling teruk adalah Yus. Sampai dia kena pakai cast kat kaki dia. Doktor suruh rehat 4 bulan. Dalam masa 4 bulan Yus tak leh nak join kitaorg main. Banyak lagi injury dalam futsal nie. Ada yang sampai koyak ligament, patah kaki dan macam macam lagi lah. Pasal tue kita kena pakai futsal gear. Untuk keselamatan diri.Hikhikhik..

Bila dah start main futsal nie jadi addicted laks. Kalau boleh hari2 nak main. Tapi tuelah selalu tak cukup kaki. Ramai player XOXO Kickers nie komited dengan kerja. Yalah kerja tue source of income. Kalau tak der duit, caner nak main futsal (nak bayar duit court). Kalau ada orang nak sponsor tue lain lah. Sekarang jugak berenti kerja.. Imaginekanlah, tetiba FAM nak buat liga futsal ala2 cam liga Super sekarang lah. Fuh mesti syiok tue. Pas tue bertimbun-timbun sponsor. Dapat gaji 5-6 riban. Pergh... Masyuk tue.. Haah ek, kenapa FAM tak nak wat liga Futsal ek? Ker dah ada tapi untuk perempuan tak der?? Tak perlah, lepas nie nak cadangkan kat Menteri Belia & Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, untuk mewujudkan liga Futsal. Pasang angan-angan dulu.. jadi tak jadi, belakang kira.. Kekekekee...

Walau apa pun, futsal nie sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Tak derlah limited to lelaki sahaja. Perempuan pun leh main. Sekali dah main, memang akan addicted. Lagi pun futsal nie bagus untuk kesihatan selain kita boleh bersosial (time wat frenly game tue..). Jadi tak derlah hidup kita nie macam katak bawah tempurung kan. Syiok sket nak hidup.. Barulah rasa alive.. Hahahhaaa... Apa-apa hal pun, futsal dah berjaya mendapat tempat di hati player XOXO Kickers. Majulah futsal untuk XOXO Kickers.

Jun 18, 2008

HTO de Futsal - Frenly Game

XOXO Kickers really needs a coach (a f.o.c coach.. ahaks). Semalam cara kitaorg main memang berterabur. Bukannya kitaorang nie teruk cuma kitaorang nie takder proper training sajer nak sedapkan hati). Nanti bila kitaorang dah ada proper training, sure corak permainan akan berbeza. Semalam kitorang bukan sahaja nervous tapi jadi kaki bangku terus. Kelakar betul lah. Masa kitaorg sampai, kitaorang tengok ada several ladies player tengah buat passing. Tengok dari gaya diaorang memang ada harapan lah kitaorg akan di buli.. Tapi nasib baiklah main 10-10 minit jer, kalau dia letak 15-15 or 20-20, mau 11-0 kitaorang kena belasah.. Arrgghhh tidak... Tapi tak per, kami belajar dari kesilapan. Lepas nie kitaorang dah agree untuk amik sorang coach. Juz nak ajar how to pass the ball, team strategy and etc etc.. Majulah XOXO Kickers.. Chaiyuk...

Ada satu team semalam siap bawak coach tue.. Masa coach dia menjerit dari luar gelanggang, keeper XOXO, Ayu, terus terkedu.. Yuss pun terkedu kat situ gak.. Giler ganas coach dia.. Tak nak la amik coach macam tue.. Silap-silap terus jadi lagi kaki bangku.. Asyik kena sergah jer.. Boleh kena heart attack wooo....Ahaks.. Tapi tengok cara diaorang nie main, memang penuh skill. For a lady, they can play quite well.. In fact some of them even better than guys.. Diaorang ada speed & skill.. Bila tengok cara diaorang main memang best lah..Bersemangat, bersungguh-sungguh, fast pace.. Kitaorang yang jadi penonton kat luar pun sama teruja dengan player yang tengah main.. tihtihtihtih... Nasib baiklah diaorang main-main jer masa lawan dengan kitaorang.. Kalau diaorang guna fast tempo high speed pace, mau pengsan kitaorang nak keep up dengan diaorang.. Semalam pun dah nak biru muka pasal tak cukup oksigen time main.. Hadoi...

Overall frenly game semalam entertaining.. Diaorang semua nya mesra & tak sombong.. Diaorang pun tak kisah XOXO nie tak berapa pandai main.. Takder lah diaorg kutuk (tak tau la kalau kat belakang kan.. hihihih).. Ramai gak yang datang tengok..Terima kasih kerana menjemput XOXO Kickers for this frenly game..It's really fun & unforgetable experience for us.. To all XOXO Kickers player, next training we will focussing in passing & fitness.. Dah tak bole main-main yer (15 minit jer praktis, 45 minit main.. huhuhuh)..

p/s>> semalam ada sorang player nie muka cam edison chen.. memula ingat edison chen tapi tak kanlah kut edison chen datang malaysia & bole cakap Malay.. hikhikhik...mcm edison chen betul muka dia.. terkonfuse jap kitaorang.. tak sempat nak tanya nama dia.. maybe next time kitaorang akan tanya nama twin edison chen nie...

Jun 17, 2008

Frenly Game


Today we're gonna have a frenly game at HTO Futsal, Subang. Datanglah beramai-ramai sokong kitaorg..

Jun 13, 2008

Essential Things Before Kicking

Mcm pelik lak.. tajuk English but then i write in Malay. But its ok rite?? Ahaks..

Ok, what are the essential things that a player must have before she start running around and kicking peoples leg.

1. SHOES
Yup, kasut itu penting dalam sukan ini. Jangan sesekali turun padang tiruan tanpa memakai kasut. Selipar (or in English is slipper) jepun or tung sing or converse or banana, itu suma pun xleh guna jugak. High heels juga tak bole di guna pakai yer. Kasut apa yang boleh di pakai?? Yer betulll kasut futsal (or kasut sukan bagi anda yang mempunyai kaki bersize cute). Contoh kasut futsal anda boleh lihat di sebelah. Di mana anda boleh membeli kasut futsal ialah di semua butik-butik sukan seperti Royal Sporting House, Al-Ikhsan, Stadium (not the real stadium tau), Studio R, Nike, Adidas, Puma and etc. Kasut futsal yang paling murah anda boleh dapat adalah dalam lingkungan RM100 (tapi bila dah tengok design, konpom tak jadik beli..huhuhuh). Atau sekiranya anda mempunyai kaki bersize 6 ke atas, anda bole membelinya di pasar malam atau butik P.S (petaling street daaa...). Design nak dekat sama dengan yang original. Kira ok la untuk kita yang main futsal setakat 2 3 kali seminggu. Kalau rezeki anda murah, diaorang siap bagi stokin free lagi. Atau kalau nak lagi murah, beli boot kain warna hitam yang harga 12 hinggit kat kedai apek pas tue potong semua stud boot tue. Kalau agak-agak lari tak seimbang, cubalah periksa balik tapak kasut tue. Mungkin anda potong stud tue tak sama.

2. SOCKS
Jangan sesekali memakai kasut futsal anda tanpa stokin (ini bukan kasut jalan yer). Jika sekiranya anda melanggar pantang larang ini, anda akan mendapat blister yang amat teruk (dan kaki yang cantik tue akan jadi huduh.. yuks..). Juga jangan memakai skin socks atau stokin sekolah adik anda. Kalau boleh cari stokin bulu coz ianya tebal. So impact masa kita tersepak padang karpet tue tak lah teruk (yer ramai antara kita lebih suka sepak padang dari sepak bola).

3. ANKLE GUARD
Pengawal buku lali itulah nama jika di translate kn ke BM. Bagi mereka yang pernah terseliuh, terpeleot, terkehel, terkepak kaki anda semasa bermain futsal, adalah di nasihatkan agar memakai angkle guard. Cara yang betul memakai ankle guard ialah memakai ankle guard itu dahulu sebelum memakai stokin. Tujuan sebenar memakai ankle guard ini adalah untuk mengurangkan pergerakan ankle anda dan secara tidak langsung akan mengurangkan risiko kecederaan lama berulang kembali. Ada 2 jenis ankle guard. 1. Yang macam stokin tapi berlubang kat tumit 2. Yang ada bonjolan di bahagian tepi ankle guard itu (ini untuk extra protection bagi mereka yang mempunyai lemah buku lali, rasanyalah) tapi kedua-dua fungsi adalah sama. Melindungi ankle anda.

4. Shin Pad
Ini adalah extra gear kalau anda hendak memakainya. Shin Pad nie melindungi tulang keting kita dari patah atau lebam bila di sepak. Maklumlah, majoriti kita nie banyak sepak kaki orang dari sepak bola especially bila team dia dah kalah. Habis semua kaki orang dia nak sauk. So kalau memakai shin pad, risiko mendapat lebam di betis or keting anda sangatlah tipis.

5. Glove
Ini hanyalah untuk goal keeper sahaja. Glove di perlukan kerana bukan sahaja untuk menampan bola tapi untuk menampar orang juga especially masa free kick or corner. Konon nk tepis bola lah tapi di sepaknya player tue. Saja nak bagi dia rasa. Nak-nak pulak kalau player tue scorer. Asyik sumbatkan gol jer. Sapa tak hangin kan!?!?!

Jadi semua benda-benda di atas adalah basic gear sebelum bermain futsal. Tapi pastikan anda mempunyai team dahulu kalau tak sio-sio yolah anda ada semua futsal gear nie..

Jun 12, 2008

Team Logo

Hari ini adalah hari mencipta logo. Logo apa? Logo futsal team. Ahaks. Hari nie satu hari aku memerah otak nak cari idea utk cipta logo XOXO Kickers. Sebaik la boss aku tak der kat opis. So aku pun amik kesempatanlah nk carik logo utk team aku. Semalam dah dapat nama team, so hari nie adalah untuk mencipta logo pulak. Habis semua pictures, clip art, images aku save as. Pas tue aku mix & match kan ia dlm Ms Excel. Tetiba terasa diri mcm creative art designer laks. Huhuhuhu.. Yg pelik tue, aku tak rasa mengantuk langsung walaupun semalam aku tido pukul 2.30 pg & bangun pukul 6.30 pg (nie semua pasal tengok Euro 2008). Excited gilers buat logo nie. Aku dapat buat banyak jugak la tapi aku tapis2. Mana yg huduh, aku tolak tepi. Bila dah pilih yang aku rasa bersesuaian dengan nama & jiwa team, aku bagi dekat Cen, kapten XOXO Kickers. Dia terkejut bila aku bagi sekali banyak macam tue. Mesti dia tak suspek nak dapat macam tue punya banyak. Hahaha.. Sorry Cen.. Anyway dia pilih yg 1st from list aku tue. Cuma dia tak berapa suka petak logo tue coz dia kata nmpk mcm signboard tempat futsal(masa aku tengok pun, macam signboard restoran pun ada gak). So aku pun ammend la logo tue. No hal punya. Banyak masa maa.. Bila dah ammend, aku bagi dia 3 hasil terbaik (aku rasa lah). Dia dah blur pasal aku lagi sekali bagi lebih dari satu. Untuk jalan terbaik, dia forwardkan semua ammended logo to kat team member XOXO Kickers. Bila dah banyak pilihan, team member pulak susah nak pilih. So pasal tue kat sini aku akan letak kesemua logo2 yg perlu di pilih. Nanti jangan lupa vote logo yang anda rasa sesuai dengan team kita... Sila rujuk susunan logo di sebelah untuk mengetahui logo yg mana no 1, 2 & 3. Selepas itu, boleh lah vote logo mana yg menjadi pilihan anda. Selamat Mengundi!!!!!

Jun 11, 2008

How I come up with the team name


Lately, I noticed that's there always diz "xoxo" signature at the end of an email or personal notes. At first I tot it juz another 'decoration' (u know like smily thingy :-D) to the normal signature. But then a fren asked me what actually this 'xoxo' means. I said to her I have no idea.. Then curiosity came knocking on my head "Yah la.. wat is diz 'xoxo' means". So I ask a good fren of mine. She said that x=kisses & o=hug.. So basically is hug & kisses. I wonder who came up wit diz thing. Any way that's how I got the idea to give the team name as 'XOXO Kickers' (and also it sound like so so kickers.. juz like our play - so so only.. ahaks...)

Welcome To XoXo KicKers!!!

Hi Team...
This is the blog for our futsal team which officially known as "XOXO KICKERS" on 11 June 2008.We can update any news update on training,friendly match or any event.So luangkan masa anda to post anything related to futsal...welcome to the club...!!!