CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jun 13, 2008

Essential Things Before Kicking

Mcm pelik lak.. tajuk English but then i write in Malay. But its ok rite?? Ahaks..

Ok, what are the essential things that a player must have before she start running around and kicking peoples leg.

1. SHOES
Yup, kasut itu penting dalam sukan ini. Jangan sesekali turun padang tiruan tanpa memakai kasut. Selipar (or in English is slipper) jepun or tung sing or converse or banana, itu suma pun xleh guna jugak. High heels juga tak bole di guna pakai yer. Kasut apa yang boleh di pakai?? Yer betulll kasut futsal (or kasut sukan bagi anda yang mempunyai kaki bersize cute). Contoh kasut futsal anda boleh lihat di sebelah. Di mana anda boleh membeli kasut futsal ialah di semua butik-butik sukan seperti Royal Sporting House, Al-Ikhsan, Stadium (not the real stadium tau), Studio R, Nike, Adidas, Puma and etc. Kasut futsal yang paling murah anda boleh dapat adalah dalam lingkungan RM100 (tapi bila dah tengok design, konpom tak jadik beli..huhuhuh). Atau sekiranya anda mempunyai kaki bersize 6 ke atas, anda bole membelinya di pasar malam atau butik P.S (petaling street daaa...). Design nak dekat sama dengan yang original. Kira ok la untuk kita yang main futsal setakat 2 3 kali seminggu. Kalau rezeki anda murah, diaorang siap bagi stokin free lagi. Atau kalau nak lagi murah, beli boot kain warna hitam yang harga 12 hinggit kat kedai apek pas tue potong semua stud boot tue. Kalau agak-agak lari tak seimbang, cubalah periksa balik tapak kasut tue. Mungkin anda potong stud tue tak sama.

2. SOCKS
Jangan sesekali memakai kasut futsal anda tanpa stokin (ini bukan kasut jalan yer). Jika sekiranya anda melanggar pantang larang ini, anda akan mendapat blister yang amat teruk (dan kaki yang cantik tue akan jadi huduh.. yuks..). Juga jangan memakai skin socks atau stokin sekolah adik anda. Kalau boleh cari stokin bulu coz ianya tebal. So impact masa kita tersepak padang karpet tue tak lah teruk (yer ramai antara kita lebih suka sepak padang dari sepak bola).

3. ANKLE GUARD
Pengawal buku lali itulah nama jika di translate kn ke BM. Bagi mereka yang pernah terseliuh, terpeleot, terkehel, terkepak kaki anda semasa bermain futsal, adalah di nasihatkan agar memakai angkle guard. Cara yang betul memakai ankle guard ialah memakai ankle guard itu dahulu sebelum memakai stokin. Tujuan sebenar memakai ankle guard ini adalah untuk mengurangkan pergerakan ankle anda dan secara tidak langsung akan mengurangkan risiko kecederaan lama berulang kembali. Ada 2 jenis ankle guard. 1. Yang macam stokin tapi berlubang kat tumit 2. Yang ada bonjolan di bahagian tepi ankle guard itu (ini untuk extra protection bagi mereka yang mempunyai lemah buku lali, rasanyalah) tapi kedua-dua fungsi adalah sama. Melindungi ankle anda.

4. Shin Pad
Ini adalah extra gear kalau anda hendak memakainya. Shin Pad nie melindungi tulang keting kita dari patah atau lebam bila di sepak. Maklumlah, majoriti kita nie banyak sepak kaki orang dari sepak bola especially bila team dia dah kalah. Habis semua kaki orang dia nak sauk. So kalau memakai shin pad, risiko mendapat lebam di betis or keting anda sangatlah tipis.

5. Glove
Ini hanyalah untuk goal keeper sahaja. Glove di perlukan kerana bukan sahaja untuk menampan bola tapi untuk menampar orang juga especially masa free kick or corner. Konon nk tepis bola lah tapi di sepaknya player tue. Saja nak bagi dia rasa. Nak-nak pulak kalau player tue scorer. Asyik sumbatkan gol jer. Sapa tak hangin kan!?!?!

Jadi semua benda-benda di atas adalah basic gear sebelum bermain futsal. Tapi pastikan anda mempunyai team dahulu kalau tak sio-sio yolah anda ada semua futsal gear nie..

1 comments:

Anonymous said...

Lawak la Yus....me, Cira