CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jun 20, 2008

Hidupku Tanpa Futsal

Hari ini kita akan menemuramah salah seorang player XOXO Kickers yang terpaksa melupakan seketika futsal kerana kecederaan yang di alami sewaktu bermain futsal tahun lalu.

XOXO: Apa khabar Yus?
Yus: Khabar baik.
XOXO: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh XOXO.
Yus: No hal. Nie ada apa2 bayaran tak?
XOXO: Nie ada tiket funfair untuk 10 orang. Percuma air sirap segelas.
Yus: Mekaceh. Ha nak tanya apa?
XOXO: Pengalaman Yus masa terpeleot kaki tahun lalu. Macam mana leh terpeleot?
Yus: Hek eleh amende la lu. Ada nak tanya pengalaman yang tak berapa syiok tue. Ok lah, wa story sket. Ingat2 lupa lah. Tapi yang aku tau pasal nak elak dari terlanggar member sendiri. Alih2 terpijak bola n terus la terpeleot kaki aku. Rasa cam nak meraung jer masa tu. Tapi tahan. Kena cover ayu. Time tu dah terpikir caner la nak drive balik dengan kaki macam nie. Dah la keta aku manual. Sakit siot..
XOXO: Yus terpeleot kaki sebelah mana?
Yus: Kaki kiri. Bahagian ankle
XOXO: Lepas kena tue tak terus pegi hospital ker?
Yus: Sapa nak hantar? Aku dah la terkial-kial nak drive keta kebal aku tue.
XOXO: Ooo.. Jadi bila Yus pergi ke hospital?
Yus: Esoknya. Lepas balik dari futsal tue, terus tuam kaki dengan ais. Esok pagi masa nak bangun pegi keje, kaki tak bole nak gerak langsung. Aku merangkak pegi tandas pasal tak kan nak wee2 kat katil kut. Masa aku merangkak tue, Tuhan sajer yang tahu betapa sakitnya kaki aku. Mengalir air mata aku menahan sakit. Cuba ko imagine kan, aku yang besar bagak nie merangkak macam ahmad nisfu dalam musang berjanggut tue. Apa kes..
XOXO: Ish ish ish teruk tue.
Yus: Ho lah. Ko nak try rasa?!
XOXO: Eh tak der lah. Jadi bilaYus pegi ke hospital untuk periksa kaki?
Yus: Hari yang aku kena tue hari Khamis. So the next following day baru aku pegi klinik. Aku pegi dah nak petang pasal aku tak bole nak jalan. Asal terhentak jer kaki aku, mengalir air mata aku. Memang sakit. Sampai klinik, doktor suspek ada ligamen terkoyak. Aku dah cuak masa tue. Macam2 aku dok imaginekan dalam kepala otak aku. Dia pun suruh aku gerak-gerakkan kaki aku. Doktor cek-cek, dia kata aku kena xray tapi makmal xray dah tutup. Dia suruh aku datang balik hari Isnin. Hangin jer aku dengar...
XOXO: Lama tue nak tunggu ke hari Isnin.
Yus: Itulah pasal. Habis lah aku telan pain killer yang doktor tue bagi. 2 hari lah aku duduk kat umah macam budak baru lepas sunat. Bosan nak mampos aku. Sebaik ada Astro. Leh la layan movie, mtv, ria...
XOXO: Jadi hari Isnin tue datang semula lah ker klinik kerajaan?
Yus: Ho lah. Giler ramai hari tue. Hangin jer aku. Tak der hari lain ker diaorg nie nak datang. Nak dekat sejam lebih la aku tunggu. Dari abah aku start baca paper sampai la dia habis baca, aku tak masuk2 lagi bilik doktor.
XOXO: Ramai yer sakit hari Isnin tue.
Yus: Semua nak yang murah. Bayar singgit, dapat macam2 ubat..
XOXO: Hehehehe... Apa doktor cakap masa 2nd time datang nie?
Yus: Dia cakap kaki aku kena xray. Kedek2 la aku pegi makmal xray. Lepas mamat makmal xray kaki aku, aku bawak bagi kat doktor. Dia tengok tak der patah tapi dia suspek ada kecederaan ligamen. Dia nak rujuk kes aku kat HKL. Dia pun tulis surat suruh aku pegi HKL...
XOXO: Jadi Yus pegi HKL lah lepas tue??
Yus: Tak derlah aku pegi lepas aku sihat... Mestilah aku pegi lepas tue. Kepala dungga betullah..
XOXO: Jangan marah. Masa kat HKL, apa pulak doktor kata?
Yus: Tak marah, nasihat. Aku pegi bahagian emergency. Nak dekat 2 jam aku melanguk nunggu. Hangin satu badan. Macam2 peel aku nengok. Serabut kepala aku tengok kerenah orang. makin sakit kaki aku jadinya. Bila time aku, doktor panggil & dia cek. Dia kata kaki aku nie ok pasal aku leh gerak2an jari2 kaki aku. Lega jap aku dengar. Tapi untuk keselamatan diri, dia suruh aku pakai cast kat kaki. Aku pun jalanlah carik tempat nak pakai cast. Sampai2 tengok ada 4 orang doktor pelatih UKM. 4 4 orang tue tolong pakaikan cast kat kaki aku. Patutnya cast tue pakai sampai atas buku lali jer, tapi nervous punya pasal dia pakaikan sampai ke bawah lutut. Aku blur lah kejap kan. Yang sakit ankle aku, apsal lak diaorang nie pakaikan cast sampai ke lutut. Aku buat bodo jer lah.
XOXO: Hihihihi trainee lah katakan.
Yus: Bukan trainee lah. Intern. Lain kali tengok Grey Anatomy.
XOXO: Ooppsss.. hikhikhik.. Apa perasaan masa mula2 pakai cast tue?
Yus: Berat giler kaki. Nak jalan pun susah. Nak kencing lagilah susah. Aku pikir caner la aku nak mandi nie. Adus.. Selipar pun tak muat nak pakai. Klakar tul masa tue. Dia siap offer nak tompang ketiak tue tak.. Aku cakap tak payah la.. leh jalan lagi.. Tapi memang berat cast tue. Jenuh aku nak jalan. Aku terpaksa seret kaki aku nie..
XOXO: Berapa lama kena pakai cast tue?
Yus: Seminggu jer. Lepas seminggu dia bukak. Doktor cek & dia kata ok. Dia suruh aku rest dari aktiviti sukan selama 4 bulan. Ternganga aku jap. Lama tue.
XOXO: Lepas bukak cast, kaki Yus ok dah la?
Yus: Tak jugak. Still rasa sakit & nyilu especially time sejuk. Ngadu lah kat mak kata kaki sakit lagi. Mak bawak gie tukang urut. Masa dia urut dia cakap urat aku dah bersimpul & masuk angin. Dia suruh aku letak minyak panas or kapur campur limau nipis sebelum tido. Aku buatlah benda tue suma. Nak baik punya pasal. Dah jadik macam orang baru lepas bersalin lak aku masa tue.
XOXO: Berhasil ker?
Yus: Bolehla. Aku start main balik futsal bulan 4 hari tue. Aku kena bulan 11. Cukuplah 4 bulan aku tak main futsal. Memula tue ingat nak retired terus, tapi tak bolehla. Nafsu futsal tue sentiasa membara dalam badan. Sentiasa bergelodak dalam perut aku nie. Bila orang cakap pasal futsal jer, terus aku jadi cam tak tentu arah macam orang overdose pitt. Kaki dah gian nak sepak bola. Cuma sekarang nie aku akan pakai ankle guard kat 2 2 kaki aku sebagai protection. Kaki kanan aku injured masa main netball last year. Tapi tak seteruk yang kaki kiri nie la.
XOXO: Harap2 lepas nie Yus tak injured lagi lah.
Yus: Harap2 lah. Sekarang nie aku akan buat stretching dulu sebelum nak main. Lepas main pun buat warm down supaya tak der lah sengal betis & peha aku nanti. Kalau tak warm down, mula lah mengengkang jer aku jalan. Peha tak leh nak rapat pasal sakit. Masa 4 bulan tak main tue, badan rasa tak best jer. Yalah satu aktiviti sukan pun tak main. Berat pun naik. Tapi sekarang dah dapat la kembali ke berat asal.
XOXO: Jadik selama 4 bulan tue apa perasaan Yus tak dapat bermain futsal?
Yus: Sengal. Aku sengal jer hari2. Kaki nie asyik terasa nak sepak something jer. Dah la berat aku naik. Itu yang buat aku sangat sengal. 4 bulan aku sengal, lemau badan. Rindu giler aku kat futsal. Tiap kali ingat futsal, aku makan. Sudahnya berat aku naik bertan-tan. Dah nampak macam Erra dalam citer Cinta Kolestrol aku masa tue. Tapi sekarang dah ok. Maintain berat normal aku.
XOXO: Berapa berat Yus?
Yus: Dah habis soklan ko? Aku dah lapar nie. Nak pegi minum petang. layan ko punya pasal sampai aku hampir terlepas minum petang aku..
XOXO: Eh ah erm tak der dah. Tima kasih lagi sekali kerana sudi di temuramah.
Yus: Habis kering air liur aku jawab soklan2 ko. Lain kali interview la kat tempat yang ada jual air macam starbucks tue ker.. Syiok la sket..
XOXO: Erk... Err..
Yus: Dah, aku nak blah nie.
XOXO: Aaa terima kasih yer Yus.
Yus: Same2.

5 comments:

missara said...

hahahah..mmg tergelak la depan pc bila bc so call interbiu nih...yuss..yuss..

Cupidy said...

huhuhu.. kecian kat kak yuss kite...tp nasib baik lah skrg dia da leh main futsal smula..klu x..mesti berat dia mmg jadi mcm erra dlm cite cinta kolestrol tu... kekekeke

er...kak yuss..nak tanya 1 benda.. mcm mana berat badan kak yuss leh turun balik ar.. kasi tips sket...kekeke

Anonymous said...

Tipu nih... ni mst Yus intebiu Diri sendiri.... HUkhUkhUKhuK


len kali pggl michele melodi baru la soalan dia mcm ni...

"nm boypren skrang??"
"dgr cite yuss ada melakonkan watak kontroversi, tolong jawab'
"kenapa fasha sandha rampas boypren yuss?"


ahaks...... wat intebiu lagi ek....
huhuhu..

salam peluk cium xoxo

missara said...

muahahha..mmg lor...interbiu diri sdiri la ni...nk cite experience time kaki terpeleot tu..hahahah

Anonymous said...

michele dia bz.. dia ckp yuss bkn artis so malas nk amik pot.. hampeh tul michele.. abg ketak pn xnk terjah kt opis yus.. siot tul...